Bahagian Pengurusan Sumber Manua
Tingkat 2, Blok B, Wisma Sri Pahang
- Mengurus penempatan anggota perkhidmatan dan semua urusan berkaitan sepanjang dan selepas perkhidmatan.
- Mengurus urusan prestasi, pergerakan gaji, kenaikan pangkat dan kaunseling.
- Mengurus maklumat penjawat awam di negeri Pahang
- Merancang keperluan sumber manusia dan melaksanakan kajian struktur perjawatan
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan latihan dan kompetensi penjawat awam di negeri Pahang
Bahagian Teknologi Maklumat
Blok C, Wisma Sri Pahang
- Memberi khidmat perunding pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem aplikasi dan perolehan peralatan serta perisian di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan negeri
- Merancang dan mengurus rangkaian komunikasi antara jabatan-jabatan dan agensi kerajaan negeri
- Memberi khidmat sokongan, bantuan teknikal dan mengurus latihan-latihan ICT kepada kakitangan teknikal ICT di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang
- Menetapkan tatacara dan piawaian keselamatan, pengumpulan data dan pembangunan sistem aplikasi
Pejabat Menteri Besar
Aras 5, Blok B, Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), Kota Sultan Ahmad Shah
- Mengurus hal ehwal pentadbiran Pejabat YAB. Menteri Besar Pahang; dan
- Mengurus aktiviti dan program YAB. Menteri Besar.
Bahagian Khidmat Pengurusan
Tingkat 1, Blok B, Wisma Sri Pahang
- Mengurus dan menyelenggara hal ehwal pentadbiran am jabatan.
- Mengurus dan mengawal peruntukan tahunan Pejabat SUK.
- Mengurus perolehan sebutharga, pembelian terus dan tender.
- Mengurus, menyelenggara dan penyelaras stor.
- Mengurus permohonan, penyelenggara dan surat menyurat kenderaan.
- Menguruskan penyelenggaraan bangunan dan ruang pejabat.
- Mengurus permohonan dan pelupusan aset alih.
- Menguruskan kawalan keselamatan Pejabat SUK.
- Memberi khidmat persembahan kesenian dan kebudayaan.
Bahagian Dewan Undangan Negeri Dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Aras 5, Blok B, Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), Kota Sultan Ahmad Shah
- Pengurusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri, Dewan Undangan Negeri (DUN), dan Jemaah Pengampunan Negeri (JPN).
Majlis Sukan Pahang
Kompleks SUKPA, Bandar Indera Mahkota
- Merancang, mengurus dan mentadbir semua kepentingan berkaitan sukan berprestasi tinggi.
- Menyedia kemudahan sukan bagi tujuan pembangunan sukan negeri.
Bahagian Istiadat Dan Pengurusan Majlis Rasmi
Blok D, Wisma Sri Pahang
- Menyelaras dan mengurus perjalanan Istiadat dan Majlis-Majlis Rasmi di Peringkat Negeri dan Persekutuan di Negeri Pahang Darul Makmur.
- Mengurus dan memberi khidmat protokol bagi Istiadat, Majlis-Majlis Rasmi dan Perayaan di Peringkat Negeri dan Persekutuan.
- Menyedia dan mengedar kad-kad jemputan bagi acara-acara rasmi peringkat Negeri dan Persekutuan.
- Urus Setia kepada Jawatankuasa Pentadbiran bagi Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur.
- Mengurus dan menyediakan surat tawaran bagi Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur untuk ditandatangani oleh Pendaftar Darjah atau Menteri Darjah.
- Mengurus dan menyediakan surat-surat jemputan kepada penerima-penerima kurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur di Istiadat Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan,Pahang.
Bahagian Perancang Ekonomi Negeri
Tingkat 4, Blok B, Wisma Sri Pahang
- Menyelaras perancangan makro, fizikal dan spatial negeri Pahang.
- Merancang dan menyelaras pengagihan peruntukan projek-projek pembangunan negeri.
- Memproses dan menyelaras permohonan pelaburan dan penswastaan di atas tanah kerajaan negeri.
- Merancang dan menyelaras pembangunan wilayah serta pembangunan sektor-sektor pertanian dan luar bandar, infrastruktur, perlombongan, pembangunan masyarakat, alam sekitar, perindustrian dan pelancongan.
Bahagian Kerajaan Tempatan
Tingkat 2, Blok B, Wisma Sri Pahang
- Menyelaras, mengesan dan mengawal perjalanan dan aktiviti-aktiviti Pihak Berkuasa Tempatan supaya menepati dasar-dasar kerajaan (Negeri dan Persekutuan).
- Menyelaras permohonan PBT yang memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri iaitu pelantikan Yang DiPertua, Setiausaha dan Ahli Majlis, Belanjawan Tahunan, Pemakaian Undang-Undang Kecil, Penetapan Kadar dan Senarai Nilaian dan Penyata Tahunan.
Badan Kawal Selia Air
Blok D, Wisma Sri Pahang
- Mengurus, mengawal dan menyelaras sumber air dan mutu air di negeri Pahang.
- Mengurus dan mengawal tadahan air secara bersepadu.
- Mengurus dan mengeluarkan lesen bagi pembekalan air mentah.
- Menguatkuasa Enakmen Sumber Air 2007
Unit Audit Dalam
Tingkat 3, Blok B, Wisma Sri Pahang
- Mengaudit agensi-agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.
- Memberi khidmat perundingan secara objektif terhadap kawalan dalaman dan tadbir urus jabatan dan agensi-agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.
Unit Korporat
Blok C, Wisma Sri Pahang
- Menyelaras pelbagai program/ aktiviti/ urusan yang melibatkan YB. SUK.
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan program kualiti di pentadbiran SUK dan lain-lain jabatan dan agensi di negeri Pahang.
- Menyelaras pelaksanaan sistem pengurusan aduan di pentadbiran SUK Pahang dan pelbagai jabatan dan agensi negeri Pahang
Unit Integriti
Aras Bawah, Blok B, Wisma Sri Pahang
- Mengesan dan mengesahkan aduan serta menerima, membuat siasatan dan laporan ke atas aduan / maklumat mengenai salah laku jenayah dan pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
- Melaksanakan program pengukuhan dan peningkatan integriti serta akauntabiliti dikalangan penjawat awam negeri Pahang.
- Mengurus tindakan tatatertib dan pengisytiharan harta bagi pegawai perkhidmatan awam / anggota Pejabat SUKN Pahang.