Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan Hal Ehwal Islam dan Peperiksaan Penghulu
- Borang Permohonan menduduki peperiksaan adalah seperti berikut: -
- Peperiksaan ini adalah peperiksaan untuk pengesahan jawatan sahaja dan bukan peperiksaan untuk kenaikan pangkat.
- Calon – calon yang layak, digalakkan memohon seawal mungkin sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan DITOLAK.
- Calon dibenarkan memohon peperiksaan lebih daripada sekali setahun hanya setelah memperolehi keputusan peperiksaan yang terdahulu.
- Calon yang tidak mendaftar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.
Maklumat yang dikemukakan oleh pemohon hendaklah benar dan mendapat pengesahan daripada ketua jabatan terlebih dahulu. Sekiranya didapati maklumat yang dikemukan tidak benar, keputusan peperiksaan berkenaan akan TERBATAL.
- Borang tersebut boleh dihantar melalui emel modal.insan@pahang.gov.my ataupun dihantar melalui ketua jabatan kepada alamat seperti berikut: -
Urus Setia Peperiksaan
Unit Modal Insan Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia
Aras Bawah, Blok B, Wisma Sri Pahang
25503 KUANTAN
Pahang Darul Makmur
- Segala pertanyaan atau aduan boleh diajukan melalui emel ataupun hubungi talian berikut: -
Ahmad Hamizun bin Ahmad Zaki : 09-5124521
Faisal bin Mustapha Bakari : 09-5149496