logo-jatajata-doa

PORTAL RASMI

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG

image

Carian

w3c

W3C

webmail

Webmail

Login

home

Kerajaan Negeri Pahang

Set  Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font

Pasukan Cyber Security Incident Response (CSIRT) Pahang

PASUKAN CYBER SECURITY INCIDENT RESPONSE (CSIRT) PAHANG

Punca Kuasa

Pasukan ini ditubuhkan mengikut Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2022: Pengurusan dan Pengendalian Insiden Keselamatan Siber Sektor Awam bertarikh 14 September 2022 dan diedarkan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara.

 

Pekeliling Am ini bertujuan menjelaskan tatacara pengurusan dan pengendalian insiden keselamatan siber bagi sektor awam seperti yang berikut:

  1. Mengenal pasti tahap keutamaan tindakan terhadap insiden keselamatan siber supaya satu pendekatan yang seragam dan proaktif dapat dilaksanakan secara berkesan.
  2. Menetapkan penubuhan, fungsi, tanggungjawab dan struktur Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Siber [(Cyber Security Incident Response Team,  CSIRT)] agensi.
  3. Menggariskan bidang tugas dan tanggungjawab Ketua Jabatan, CSIRT Agensi dan Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara [National Cyber Coordination and Command Center, (NC4)] dalam pengurusan dan pengendalian insiden keselamatan siber bagi sektor awam.
  4. Menerangkan proses kerja pelaporan insiden dan Prosedur Operasi Standard [(Standard Operating Procedure, (SOP)] pengendalian insiden.

Penjenamaan Semula Nama Pasukan Computer Emergency Response Team (CERT) Kepada Pasukan Cyber Security Incident Response (CSIRT) Pahang

Pasukan Computer Emergency Response Team (CERT) Pahang telah ditubuhkan pada 16 Jun 2010 selaras dengan pemakaian Surat Pekeliling AM Bil.4 Tahun 2006 - Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam bertarikh 9 November 2006.Agensi Keselamatan Siber Negara/ National Cyber Security Agency (NACSA) telah mengeluarkan pekeliling baharu iaitu Pekeliling AM Bilangan 4 Tahun 2022 – Pengurusan dan Pengendalian Insiden Keselamatan Siber Sektor Awam bertarikh 1 Ogos 2022 menggantikan pekeliling terdahulu.

 

Selaras dengan pemakaian pekeliling baharu, CERT Pahang telah dijenamakan kepada CSIRT Pahang dengan tujuan utama berikut:

 

  1. Mengenal pasti tahap keutamaan tindakan terhadap insiden keselamatan siber di peringkat negeri Pahang supaya satu pendekatan yang seragam & proaktif dapat dilaksanakan secara berkesan.
  2. Bertindak sebagai first level support kepada Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Negara (National Computer Emergency Response Team, NC4) iaitu satu Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara di bawah Agensi Keselamatan Siber Negara (National Cyber Security Agency, NACSA) yang diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) dalam mengendali insiden keselamatan siber, mengawasi dan memberi khidmat nasihat berkaitan keselamatan siber kepada agensi di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Pahang.
  3. Bertanggungjawab melaporkan insiden keselamatan siber kepada Ketua Pegawai Digital (Chief Digital Officer, CDO) atau yang setara dan bersesuaian di peringkat negeri Pahang.

 

Senarai Keahlian Pasukan CSIRT Negeri Pahang

JAWATAN

PERANAN

ALAMAT JABATAN

Setiausaha Bahagian Teknologi Maklumat

Pengarah

 

 

Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat SUK Pahang

Ketua Penolong Setiausaha (Operasi)

Pengurus

Penolong Setiausaha Kanan (Operasi)

 

Ahli

Penolong Setiausaha Kanan (Portal)

Ahli

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (Pusat Data)

Ahli

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (Rangkaian&Keselamatan)

Ahli

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (Aplikasi)

Ahli

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Sokongan Teknikal)

Ahli

 

Kaedah Pelaporan Insiden

  1. Pelaporan insiden keselamatan siber kepada CSIRT Pahang boleh dibuat melalui e-mel kepada csirt@pahang.gov.my.
  2. Segala laporan yang diterima akan direkodkan ke Sistem Pengurusan Keselamatan ICT Pahang (SPK-ICT) di https://cert.pahang.gov.my.


  •  
  • Print
  • Email this page