logo-jatajata-doa

PORTAL RASMI

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG

image

Carian

w3c

W3C

webmail

Webmail

Login

home

Kerajaan Negeri Pahang

Set  Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font

Latar Belakang

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Pahang digabungkan dibawah satu MBJ yang dinamakan MBJ Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang merujuk kepada Perlembagaan MBJ bertarikh 30 Mei 2017.

 

MBJ mengandungi dua puluh lima (25) orang ahli secara keseluruhannya termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha yang terdiri daripada YB. Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang selaku Pengerusi dan Sembilan (9) orang ahli yang dilantik oleh YB. SUK Pahang sebagai Pihak Pegawai dan lima belas (15) orang ahli yang dipilih oleh pekerja-pekerja yang berkhidmat di Pejabat SUK Pahang dan SPA Pahang sebagai Pihak Pekerja.

Fungsi MBJ

MBJ menitikberatkan aspek kebajikan para pekerja dalam sesebuah organisasi. Masalah yang boleh dibincangkan di dalam MBJ adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali menyentuh dasar Kerajaan atau hal peribadi.

Keahlian MBJ

Keahlian MBJ dibentuk melalui 2 keahlian iaitu keahlian Pihak Pegawai dan keahlian Pihak Pekerja.
 

Keahlian Pihak Pegawai:

i.
YB. Setiausaha Kerajaan Pahang                         
        
- Pengerusi
ii. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)  -
Ahli
 
iii. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) -
Ahli   
       
iv. Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
-

Ahli

v. Setiausaha Bahagian 
Bahagian Perancang Ekonomi Negeri
 
- Ahli
vi.  Setiausha Bahagian
Bahagian Teknologi Maklumat
 
Ahli   
vii. Setiausaha Bahagian
Bahagian Khidmat Pengurusan
 
- Ahli
viii. Setiausaha Bahagian
Bahagian Kerajaan Tempatan
 
- Ahli
ix. Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang
 
- Ahli
x. Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan/
Penolong Setiausaha Kerajaan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
- Setiausaha

 

Keahlian Pihak Pekerja:

i.
Wakil Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41-48 
 
2 orang       
ii.
Wakil Kumpulan Pelaksana Gred 29-40
 
- 1 orang
iii.
Wakil Kumpulan Pelaksana Gred 22-28
 
- 1 orang
iv.
Wakil Kumpulan Pelaksana Gred 19-21
 
- 6 orang
v.
Wakil Kumpulan Pelaksana Gred 11-18
 
- 4 orang
vi.  
Wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang
 
- 1 orang

Kekerapan Mesyuarat

Mesyuarat MBJ diadakan setiap tiga (3) bulan iaitu sebanyak empat (4) kali setahun. Satu salinan minit mesyuarat akan dikemukakan ke JPA tidak lewat daripada dua (2) minggu selepas mesyuarat diadakan bagi tujuan penyediaan laporan dan pemantauan.


  •  
  • Print
  • Email this page