logo-jatajata-doa

PORTAL RASMI

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG

image

Carian

w3c

W3C

webmail

Webmail

Login

home

Kerajaan Negeri Pahang

Set  Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font

Latar Belakang

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan nama khusus bagi pegawai dan kakitangan yang dilantik sebagai ahli AKRAB setelah berjaya mengikuti Program Peningkatan Kemahiran Asas Kaunseling (PPKK). Dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 menyatakan aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia, AKRAb perlu dilatih dalam dua (2) tahap PPKK. Nama AKRAB merupakan gabungan nilai-nilai utama yang perlu ada pada seseorang rakan pembimbing iaitu Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari.

AKRAB juga berkonsepkan "rakan membantu rakan" dalam memupuk semangat berpasukan, kearaban dan membina potensi masing-masing. Ianya juga merupakan kelompok sokongan yang menekankan hubungan humanistik.

Kemantapan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada komitmen dan sumbangan kepakaran ahlinya. Tanpa komitmen daripada ahli, segala aktiviti rakan pembimbing akan dilihat sebagai membebankan. Justeru itu, pembentukan AKRAB di dalam organisasi diharapkan mampu membentuk kelompok pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi.

image


  •  
  • Print
  • Email this page