Pengenalan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah melaksanakan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S sejak tahun 2010 bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan dan seiring dengan langkah-langkah transformasi perkhidmatan awam. 5S merupakan satu amalan budaya daripada masyarakat Jepun, dengan fokus untuk mewujudkan satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang mampu memastikan standard yang ditetapkan serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan.
MAMPU telah mengambil inisiatif untuk penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada EKSA. Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berpretasi tinggi, berkualiti dan berinovatif di kalangan jabatan/agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga sektor awam.
Amalan EKSA Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang merupakan salah satu inisiatif kualiti yang amat berkesan dalam usaha menerapkan budaya penambahbaikan, menitiberatkan imej korporat, memberikan perkhidamtan terbaik kepada pelangan dan mengutamakan aspek penjimatan iaitu elemen Go Green telah ditekankan.
Polisi Dan Objektif
Polisi EKSA Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang adalah “Memastikan budaya kerja ke arah persekitaran berkualiti menjadi prinsip utama serta amalan berterusan di dalam menjalankan perkhidmatan demi meningkatkan daya saing organisasi”.
Objektif EKSA Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang adalah :-
- Mewujudkan tempat kerja yang bersih, kemas dan sistematik untuk keselesaan warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang;
- Mengukuhkan amalan kerja berpasukan melalui amalan EKSA;
- Meningkatkan mutu perkhidmatan kerja melalui penerapan budaya kualiti, inovasi dan amalan hijau dan;
- Menjadikan budaya persekitaran EKSA sebagai asas kecemerlangan organisasi.
Senarai Zon
BIL |
SENARAI ZON |
BAHAGIAN / UNIT |
---|---|---|
1. |
ZON ANGGERIK |
|
|
||
2. |
ZON BOURGENVILLA |
|
|
||
|
||
|
||
|
||
|
||
|
||
|
||
3. |
ZON CEMPAKA |
|
|
||
4. |
ZON DAHLIA |
|
|
||
5. |
ZON EXORA |
|