logo-jatajata-doa

PORTAL RASMI

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG

image

Carian

w3c

W3C

webmail

Webmail

Login

home

Kerajaan Negeri Pahang

Set  Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font

Latar Belakang dan Borang

PENGENALAN

  1. Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam.
  1. Pelaksanaan PTM ini telah berkuatkuasa mulai Januari 2013 bagi menggantikan Kursus Induksi sepertimana arahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012.
  1. Setiap penjawat awam yang telah dilantik di dalam perkhidmatan adalah wajib untuk menghadiri PTM sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan.
  1. Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM adalah seperti berikut:
  1. Pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan
  2. Pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi – Modul Umum
  1. Pegawai yang sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat:
  1. Pegawai telah hadir dengan jaya PTM; atau
  2. Hadir dengan jaya Kursus Induksi – Modul Umum; atau

 

OBJEKTIF PTM

      a. Memberi pendedahan mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan asas perkhidmatan awam.

      b. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam.

      c. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan lebih cekap serta berkesan.

      d. Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.

 

PELAKSANAAN PROGRAM 

     a. Tempoh: 7 Hari.

     b. Pelaksanaan: Tanpa mengira kumpulan perkhidmatan atau dibuat secara berasingan.

     c. Kurikulum PTM tidak menjurus skop Kementerian/Jabatan/Agensi   Ketua.

     d. Jabatan digalakkan mengadakan sesi penerangan kepada pegawai.

     e. Pematuhan kepada kurikulum ditetapkan. Sebarang pengubahsuaian dari segi tempoh, kurikulum dan penilaian PTM perlu kelulusan JPA.

 

Muat turun borang Permohonan Mengikuti Program Transformasi Minda 


  •  
  • Print
  • Email this page