Jata negeri terdiri daripada gabungan cogan, gading bersilang, cogan kata ‘Ya Latiff’ dan skrol tertulis nama Negeri Pahang. Mata cogan yang berbentuk daun kopi adalah simbolik kepada peristiwa kejayaan sewaktu menyusun perancangan untuk mengambil alih pemerintahan Kerajaan Pahang oleh Wan Ahmad (Sultan Ahmad) yang ketika itu dihidangkan air kopi. Gading gajah yang bersilang melambangkan kegagahan dan keperwiraan negeri ini. Gading gajah juga melambangkan istiadat. Memberi erti negeri yang mempunyai adat istiadat sempena gajah yang pada zaman dahulu digunakan sebagai kenderaan dalam istiadat Diraja. Huruf jawi yang mengapit cogan tersebut adalah perkataan ‘Ya Latiff’ yang bermaksud ‘Allah Yang Maha Lembut’ ini merujuk kepada pemerintahan Sultan yang berpaksikan kepada Agama Islam. |