Kain tenun Pahang dipercayai berasal dari Riau atau Sulawesi dan dibawa masuk ke negeri ini sekitar abad ke-16. Mengikut catatan sejarah, orang besar Makasar/Bugis diketuai Tok Tuan atau Keraing Aji berkunjung dan menetap di Kampung Mengkasar, Pekan. Beliau dikatakan bertanggungjawab memperbaiki cara menenun kain sutera tempatan ketika itu dan dikenali sebagai tenunan Pahang.
Reka corak dan ragam hias yang halus buatannya menghiasi kain Tenun Pahang. Reka corak tertentu pada kain atau tekstil menjadikan sebagai lambang darjat, identiti kaum, kepercayaan, ritual keagamaan dan sebagainya. Begitu juga keindahan kain Tenun Pahang yang tidak dapat dipisahkan dari reka corak asas yang tersendiri. Pelbagai motif, corak dan warna yang berlainan terdapat pada kain tenun Pahang.
Kain tenunan Pahang yang menggunakan teknik ikat dengan corak berjalur dan corak mendatar dan menegak sesuai dijadikan kain samping untuk melengkapkan pakaian baju melayu bagi kaum lelaki dan kain sarung atau baju pasang bagi wanita. Kebiasaannya kain tenun ini dijadikan pakaian pengantin. Sarung tenun bercorak pula dibahagikan kepada kain bercorak melintang, memanjang, corak Rawa atau Bugis dan corak Muar. Terdapat juga penggunaan benang emas yang menghasilkan motif garis halus atau kesan bunga-bunga kecil, bertabur menghiasi kain.
Seluang Mudik |
Corak Beragi |
Corak Bugis |
Selumbar Nibong |
Corak Beranak |
Corak Pahang Jalur |
Tubok Sekampung |
Jalur Melintang di Tengah |
Belah Buluh |
Tapak Catur Berlapis |
Corak Tok Muda |
Corak Dato Bandar |
Corak Dato Mahmud |
Corak Orang Kenamaan |
Corak Jalur Menegak Berdiri |
Corak Jalur Melintang Mengiring |
Corak Berpetak Tapak Catur |