- Latar Belakang
- Jenis Rumah, Harga Dan Spesifikasi
- Syarat-syarat Permohonan
- Senarai Semak Pendaftaran Permohonan
Penyediaan rumah kos sederhana rendah adalah disyaratkan kepada pemaju bagi pembangunan tanah milik melebihi 5 ekar untuk maksud pembangunan bercampur dengan kadar 30% daripada jumlah unit kediaman yang dibina. Pembangunan bercampur adalah ditakrifkan sebagai pembangunan kediaman bersekali dengan perniagaan komersil / industri.
Dasar Kerajaan Negeri bagi penyediaan rumah kos sederhana rendah ini adalah dikecualikan bagi Tanah Rizab Melayu
Jenis Rumah | Teres | Pangsa | ||
Harga Jualan | RM 70,000 - RM 90,000.00 seunit |
RM 80,000.0 |
||
Spesifikasi Rumah | ||||
Keluasan Lot Seunit | 20' x 60' | - | ||
Keluasan Lantai | 800 kaki persegi |
800 kaki persegi ) |
||
Bilik Tidur | 3 bilik | 3 bilik | ||
Bilik Air | 2 bilik air |
2 bilik air |
||
Spesifikasi Binaan |
Sepertimana ditetapkan oleh Lembaga |
Sepertimana ditetapkan oleh Lembaga |
Syarat-syarat Dan Kelayakan Bagi Permohonan Pendaftaran Rumah Kos Sederhana Rendah Swasta
Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
Jumlah Pendapatan
Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebih RM3,000.00 sebulan.
Umur
Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.
Pemilikan
- Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami / isteri pemohon;
- Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan / Swasta) atau kos sederhana rendah;
- Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh kerajaan; dan
- Pemohon atau suami / isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberikan keterangan palsu.
Bermastautin
Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus tidak kurang daripada lima (5) tahun.
Sila Kemukakan Dokumen-dokumen Berikut :
- Slip Penerimaan Pendaftaran ePerumahan
- Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri
- Satu (1) Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan / Perceraian
- Satu (1) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
- Satu (1) Salinan Slip Gaji Terkini Suami / Isteri / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
- Satu (1) Salinan Slip Gaji Pemohon / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
- Satu (1) Salinan Dokumen yang membuktikan tempoh menetap di Negeri Pahang / Surat Pengesahan Bermastautin di Negeri Pahang daripada JKKK / Penghulu (Jika Pemohon bukan lahir di Negeri Pahang)
Surat Akuan Sumpah
Permohonan melalui atas talian di https://eperumahan.pahang.gov.my